20 April 2008

apa nak buat.

sesudah sebulan di'peram' di library, saya ditempatkan di sebuah jabatan yang sangat gah bunyinya. dek kerana gah, perlu tunggu beberapa hari lagi untuk penempatan yang sebenar pula. pulak dah, protes hati kecil saya. terkejut juga bila pertama kali menjejak kaki di tempat bertugas. terbayang² jalan penuh berliku di hadapan mata. the air smells challenges and obstacles. tidak boleh mengeluh, kerana telah saya panjatkan doa kepadaNya. mana yang terbaik untuk saya.

berita gembira diterima isnin sebelumnya, bertukar menjadi kehampaan pada jumaat yang lalu. tersalah makluman, kata mereka. terdiam sejenak, sungguh saya tidak mampu untuk menyembunyikan kehampaan. tergambar di riak wajah. hinggakan pegawai yang berurusan dengan saya itu merasa agak bersalah, mungkin, dan ditolongnya saya menghubungi semua pihak yang terlibat bagi memudahkan urusan selanjutnya.

hati yang berbunga² bertukar layu. maklumlah, sudah terasa yang perit-jerih di bumi orang sebelumnya seakan² terbayar. ditarikNya sekejap, for me to be more humble.. malah untuk mengejutkan saya, supaya lebih pandai menilai. mana kaca, mana intan. hilang sekejap semangat berkobar² untuk membantu tempat baru 'berlari' membariskan diri sehebat agensi² lain. tidak boleh lemah semangat. ujian ini hanya kecil sahaja. dibandingkan dengan sebelum ini. insyaAllah.

dan saya gunakan hujung minggu bersantaian. bergembira dengan ahli² keluarga. saya kira, mereka sedaya-upaya juga menggembirakan saya. malah si dia, Abah dan Mak berulangkali juga menghubungi saya. menceriakan hati gundah.

saya rasa bersalah. kerana membuatkan orang² tersayang bimbang.

pada semua yang mengenali saya. apapun rezeki yang kamu terima, tidak pernah saya cemburu. kamu naik pangkat lebih dahulu, atau punya material lebih, kereta mewah hatta rumah besar. punya segalanya. saya sangat² tumpang gembira. tidak pernah terlintas untuk membandingkan diri dengan kalian. pada saya, rezeki adalah ketentuanNya. semua orang, setiapnya ada bahagiannya masing² daripada 'kek' rezeki anugerahNya. jangan diintai lebihnya orang. jangan dikira kurangnya kita. bersyukur dengan apa yang ada. berusaha bersungguh² dengan hati yang tulus. hidup bukan semata² harta dan pangkat. hidup ini lebih daripada itu.

saya doakan tinta² kelabu daripada hati² kamu, hilang dan menjadi sejernih kristal. supaya orang² di sekeliling turut sama tersinar dek kilauan cahaya biasan itu. iya. saya benar² doakan.