31 Disember 2008

bukan ya..

letihnya menunggu giliran. tapi suara ceria puan doktor yang riang ria mengucapkan tahniah sambil menulis prekripsi membuatkan rasa letih hilang entah ke mana. "sudah lima minggu satu hari ya," suara dia tetap ceria. saya yang kelu, hanya mampu mengangguk. menyeringai senyum. saya ucap terima kasih, berulangkali sehinggalah pintu bilik si puan doktor yang baik hati itu tertutup rapat kembali.

sudah lama mengharap. bila sudah mendapat, terdiam jadinya. kanda-yang-bertakhta-di-hati pun.

ini bukan mimpi siang hari.. bukan.

30 Disember 2008

sabar menunggu.

perihal lewat memang sangat tidak munasabah kalau tidak disertai alasan yang boleh diterima akal. seperti tidak munasabahnya bila sudah membuat salah, lagi mahu mencari salah orang lain supaya diri sendiri nampak kurang bersalahnya.

tapi lewat yang satu ini memang dinanti-nanti. kerana lewat yang ini selalunya memberi khabar berita gembira. lebih lagi pada saya yang mengharap ini.

sudah agak lama menyimpan impian..