31 Januari 2017

kamu seronokkah begitu?

kita ini, kalau boleh biarlah sama-sama menang.
sama-sama meningkat naik. 
sama-sama berpegang tangan menuju ke atas.

bukannya memijak jatuh orang lain.
tak seronok langsung, tahu?

20 Januari 2017

naik pangkat itu maknanya tanggung jawab pun, lebih.

sudah biasa men'taichi' tugas kepada orang lain, begitulah. sikit-sikit mahu 'tarik' kaki atau tangan orang lain. langsung tidak mahu bertanggungjawab dan berakauntibiliti dengan tugas sendiri.

bikin orang lain jelak sahaja dengan pe'el tak semenggah begitu.

19 Januari 2017

wahailah anak..

adik hero mengamuk sakan sepanjang perjalanan kami ke pejabat.

panas sungguh hati. naik jugalah suara tadi. akan tetapi maknya ini sudah berjanji habis pada diri supaya meningkatkan kesabaran dan melebihkan lemah-lembut pada anak. maka, tepis jauh-jauh rasa (h)angin dan pujuk juga dengan penuh sayang disulam jenaka.

tapi paling menyentuh hati apabila dalam tangis membentaknya, adik hero bilang mak selalu marah-marah dia.  walau saya balas dalam gurau yang dia juga suka minta maaf kemudian mengulang balik kelakunya, tetaplah dia dengan membentak-bentak comel. saya hanya mampu menahan senyum dan ulang kali bilang sama adik hero, saya tetap sayangkan dia walau apapun yang dia mahu fikir.

dengan anak yang saorang ini, strategi harus lebih dan lemah-lembutnya harus berganda-ganda. sekarang, apa lagi strategi yang perlu saya guna ya?




18 Januari 2017

tak larat.

bila badan sudah penat,
semua perkara tak terbuat.

alaaaahai cak pong cak pong!

16 Januari 2017

gosip.

gosip, seperti cemburu dan iri hati, pun sama seperti api marak yang membakar hangus hati dan juga persahabatan.

kawan jenis apakah kamu?

15 Januari 2017

hadiah.

antara bertanya dahulu kepada yang mahu dihadiahi atau beli saja terus buat kejutan, yang mana kamu akan buat?

saya pilih, bertanya dahulu.
lebih mudah, lebih menggembirakan.

lagipun, membeli dan memberi hadiah adalah perkara yang amat menyeronokkan!

kan?

11 Januari 2017

cemburu dan iri hati umpama api marak yang membakar hangus hati, kawan.

kata The Ancient One kepada Baron Mordo, "We never lose our demons, we only learn to live above them".

kita - yang ada baik buruk dalam hati kita, tentukan 'serigala' mana yang akan menang. didoakan kita sama-sama berusaha untuk mengatasi api marak yang memamah lalu membunuh hati masing-masing.

bukankah bahagia juga kalau kita melihat kegembiraan orang lain?

07 Januari 2017

masalah tidak bersifat infiniti.

kita usah menyalahkan orang lain kalau kita sendiri tidak sedaya-upaya untuk mengubah keadaan kita. kalau kita lebih suka menjadi mangsa, ditindas dan diperkotak-katik tanpa mencuba mencari penyelesaian, itu maksudnya kita sendiri yang salah. 

mungkin meratap nasib, bergaduh, mengadu domba, menyalahkan orang, menderita, atau menunjuk malang adalah cara paling mudah untuk menagih simpati sekeliling. mungkin itu jauh lebih mudah daripada duduk sejenak bertafakur dan memerah otak mencari jalan keluar. mungkin.

bukan salah orang kalau kita sendiri tidak mahu berusaha.

06 Januari 2017

susu dan tuba.

niat baik kita, tak semestinya dapat diterima orang. silap-silap, kamu ingat kamu membantu, dibalasnya pula dengan sindiran dan kata nista. kamu ingat sedikit sebanyak dapatlah untuk meredakan keadaan, tetapi pula dibalasnya dengan amarah bersulam ejekan.

hmmm. memang dasar besar diri, besar kepala dan tak padan usia.

01 Januari 2017

2017

berita tahun baru yang menggembirakan.

tahun baru, nafas baru, semangat baru.
tempat baru,tugas baru, suasana baru. oh, yang ini perlu tunggu (tak lama) sehingga aura tahun baru pudar sedikit :D

ayuh, tak sabar saya mahu mulakan!