Memaparkan catatan dengan label my PhD journey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my PhD journey. Papar semua catatan

30 Julai 2023

tersangatlah healing

aktiviti minggu lepas, sempena pulang ke kampung halaman:

  • ate a lot. like, a. lot.
  • met new niece -- welcome to the world, sayang!
  • played & fooled around with nieces & nephews.
  • mingled with family.
  • danced under the heavy rain with the kids -- sambil menyanyi Thunder (lagu Imagine Dragons itulah).
  • got new haircut.

ini baru betul healing.
betul-betul punya!

28 Julai 2023

tiada perasaan.

terima e-mel memberitahu saya lulus dalam comprehensive exam yang sudah. mahu raikan, tenaga sudah tiada. mahu berkongsi berita dengan kesayangan pun tiada selera.

apapun, alhamdulillah.
Alhamdulillah 'ala Kulli Hal.

26 Jun 2023

tepu.

orang lain sibuk bersiap raya, kita tenggelam dalam bahagian kedua comprehensive exam pula. dua jam disoal itu ini sudah cukup buat semua tenaga hilang, lelah habis badan.

ok, di mana boleh saya bersembunyi sambil menangis senyap-senyap ni?
ha ha ha.

07 Jun 2023

exam

apalah yang perlu saya jawab dalam comprehensive exam saya hari ini..
dua sesi untuk bahagian yang pertama.

ini antara keperluan untuk lulus dan bergerak ke peringkat seterusnya.
buntu benar rasa.

29 April 2023

penerimaan itu penting.

beban masa silam itu, sebenarnya berat. mahu melepaskan diri daripada lelahnya menanggung, lagilah menyesakkan kepala. seolah-olah lekat terbelenggu pada rantai dan terus-menerus lemas dalam lautan fikiran tiada ketepian.
 
mahu mengeluarkan diri daripada selirat kekusutan, sangat memakan tenaga. kadang terasa sudah dapat diatasi, kadang terasa eh, terperosok semula dalam jurang -- langsung terduduk tak mampu bangun sendiri. gelap tiada cahaya. banyak masa terbazir begitu sahaja. belum dikira kesannya terpalit pada kesayangan, sama.
 
buntu.
tak tahu bagaimana, tercari-cari punca.
 
mungkin kerana susah sungguh untuk menerima hakikat kelemahan diri. menyoal kenapa itu kenapa ini. mengapa boleh berjumpa orang sebegitu sebegini. selama ini kuat menahan, umpama pokok ru yang akarnya kukuh mencengkam tanah. tiba-tiba sekali itu, lemah tak tertahan sedikit ribut dalam kehidupan. atau belum pernah melalui perkara sebegitu, terus hilang idea bagaimana mahu atasi.

walhal, itu cara Dia mahu mengajar supaya jadi lebih baik daripada kita yang dulu.

itulah pentingnya untuk belajar menerima batasan diri, bukan semua perkara di dalam kawalan kita. wajib untuk pulangkan segalanya kepada Dia, berdoa semoga dilindungiNya setiap saat sementara dalam dunia fana ini.
 
acknowledge your feelings.
embrace your past.
self-acceptance is the key.
 
tenang-tenang sahaja, ok?
mari kita gerak terus.

14 Mac 2023

setahun sudah berlalu.

"They say that there are moments that open up your life like a walnut cracked, that change your point of view so that you never look at things the same way again."
— Jodi Picoult

Berbaki 30 bulan sahaja lagi.
Allahumma yassir wala tu 'assir.

07 Februari 2023

tembakan segenap hala.

Banyaknya soalan yang ditanya, memang perlu dijangka dan bersedia dengan semua kemungkinan.  Anggap sahajalah itu sebagai persediaan untuk menjadi lebih kuat ke proses selanjutnya. Bukannya tak biasa berhadapan dengan keadaan begitu, kan?

Selesai proposal defence.
Mari maju terus.

15 Disember 2022

tak sama.

Satu ketika dahulu saya sangat sukakan perpustakaan dan boleh duduk berteleku seharian di situ tanpa jemu. Menguap sekali pun tidak. Sekarang masih suka juga, lebih-lebih lagi ada ruang khas untuk pelajar kertu seperti saya di sini. Warm and cosy, I must say.

Walau pun begitu, hari ini saya tersedar yang berteleku di lab; duduk di meja sendiri yang lengkap serba-serbi itu, lebih seronok. Semua barang dalam capaian.

Hmm, baru ingat nak bertukar angin dan menajamkan fokus. Tak jadi, esok ke lab sahajalah gayanya.