Memaparkan catatan dengan label cerita tentang bos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita tentang bos. Papar semua catatan

09 Julai 2024

beringat.

"aku dulu masa gred 'ngko ni, setiap bulan aku simpan kat bank dalam seribu daripada gaji aku tau tak?" tegur bos pada saya, 14 tahun yang lepas. saya buat tak tahu, saja nak biarkan ayatnya hilang ditelan angin.

geram melihat tiada reaksi, dia ulang sekali lagi. kali ini, keras sedikit. eh (h)angin pulak jadinya saya haha! saya pandang tepat matanya, saya laju bilang, "ala, bos tak shopping-shopping," sambil buat muka sedikit. berani sungguh buat muka kat bos ya?

"dah, 'ngko jangan turutkan sangat hati. simpan duit tu," nasihatnya lagi. saya ketawa sambil mengangguk, berharap ia akan berhenti di situ. bos tak gemar melihat saya berbelanja sakan shopping spree, diperhatikan saja ragam saya selama ini. begitulah kasih seorang bos kepada anak buah yang dilayan seperti anak sendiri. sebab itulah saya kalau dimarah, lebih dahsyat berbanding orang lain tahu tak?

memang ada patutnya nasihat itu. nak membazir tahap mana sehingga puas? hati ini takkan cukup kalau selalu dilayan yang bukan-bukan.

alhamdulillah, setiap tahun saya tingkatkan jumlah simpanan. sedikit di sana, sedikit di sini. ada masanya, tergelincir juga. hidup kan ada naik dan turunnya. semalam saya lihat jumlah akaun simpanan untuk masa depan anak-anak -- cukup seadanya; alangkah bersyukurnya saya. semoga bermanfaat untuk kesayangan pada masa akan datang.

sedikit, lama-lama menjadi bukit (yang tak tinggi mana haha).
terima kasih atas nasihatnya, bos.

walaupun nak kejar tahap jumlah simpanan bos tu rasa semput jauhhhhhhhhh lagi.

09 Mei 2024

istimewa.

bulan Mei ini, hari lahir ramai kesayangan saya. selain anak dan anak saudara, bos saya ulang tahun kelahirannya ialah hari ini. bos inilah yang saya tulis tentangnya dulu.

doa saya yang teristimewa buat dia,
semoga dalam lindungan dan keberkatan Tuhan setiap masa.

dia bilang terima kasih atas ingatan, diselitkan doa dan kata-kata semangat semoga gigih dan cekal dalam melayari pengajian serta harapan urusan saya dipermudahkanNya jua. bilangnya lagi, doa dia akan selalu mengiringi setiap langkah saya.

haih, bos ni..
pagi-pagi dah buat air mata saya bergenang.

selamat ulang tahun kelahiran, bos!

18 Oktober 2023

ingatan.

saya ambil sedikit masa menegur mantan bos, setelah sekian lama terperap dalam kesibukan yang entah apa-apa. selama tiga tahun saya berboskan dia, setelah pulang daripada belajar dahulu.

beliau sudah laaaaaaaaaaaama bersara. saya pun sudah lama tidak bertemunya. teknologi memudahkan kami tetap rapat seperti dahulu. bos saya inilah satu-satunya orang yang saya memang speaking dengannya. dia faham dark humour saya. saya faham dia, sama. kamu ingat senang nak cari orang yang boleh paham perkara sebegini? ;)

banyak yang kami bualkan. tentang semangat saya yang baru pulih, tentang saya 'hilang' diri sepanjang semester lepas, tentang 'how i bled until dried' hahaha. tentang kesihatannya dan isteri. tentang anak bongsunya yang berkerjaya doktor perubatan. pendek kata, tentang macam-macamlah!

terima kasih bos, kerana selalu ada untuk saya. you are like my second father who i respect and love very dearly. semoga Allah akan selalu melindungi bos sekeluarga walau di mana jua bos berada.