18 September 2011

cantas-mencantas.

secara tak sengaja, saya terpotong putik bunga orkid - kesayangan baru saya. tak tahu rupanya ada putik muda yang menanti untuk keluar dari kepompongnya menjadi bunga yang cantik mekar. kesalnya! kurang ilmu tentang orkid satu hal. mencantas satu keindahan itu satu hal lagi.

buat saya terfikir hal lain pula, serta-merta.

dalam kehidupan kerjaya, adakah orang-orang 'besar' yang ada kuasa berasa seronok mencantas anak-anak buah yang nampak lebih berkebolehan? cantasnya itu, kerana tidak tahu atau sengajakah? cemburukah? agak-agak, mereka ada rasa (sedikit) kesal jika pernah terbuat begitu? entahlah.

saya masih kesal tiap kali terpandang si orkid. lambat lagilah nampaknya mahu melihat bunga kuningnya mekar indah menghiasi laman. semoga dalam hidup saya, saya tidak mencantas sesiapa pula, semata-mata untuk berjaya.

14 September 2011

50-50.

macam ada tapi kabur-kabur pula.
tak mengapa. kita tunggu seminggu lagi..

09 September 2011

sudah dua tahun.

syukur alhamdulillah atas kurniaNya, anakanda hadir dalam hidup kami. memberi warna seindah pelangi. menambah rencah dalam meniti usia. semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama dan keluarga.

selamat ulang tahun kedua, anakanda. mak dan ayah sayang sangat pada kamu.

15 Ogos 2011

bersihkan, bersihkan!

ambil penyapu, sapu semua habuk. ambil kain dan basahkan, lap semua debu. buka tingkap luas-luas, biar masuk semua cahaya matahari. pasang ionizer sama, nyah semua udara kepam. biar yang elok-elok saja yang tinggal, biar segar kembali apa yang layu.

sudah lama rupanya tidak menulis.. *sigh*

13 Jun 2011

tiga dan teruskan mengira..

terima kasih atas cinta kanda yang sangat mekar harum dalam tempoh tiga tahun ini. kanda jadikan hidup saya lebih bermakna. kanda buat saya mahu jadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik, walaupun saya tahu saya tidak sesempurna mana. kanda ajari saya hidup itu lebih bererti dengan banyak memberi dari meminta. saya tahu saya banyak meminta.. *sigh*

dan kanda, terima kasih atas HTC Flyer idaman hati saya itu. boleh tidak saya senaraikan lagi apa yang saya mahu untuk ulang tahun perkahwinan kita yang akan datang? ^_^