28 Jun 2022

kawasan baru.

hari ini, saya terjumpa satu kawasan khusus untuk pelajar kertu seperti saya. selama ini tak perasan, mata hanya fokus ke bangunan utama sahaja. suasana di sini lebih tenang, amat terang dek penuh tingkap dan capaian internet juga jauh lebih pantas berbanding duduk di kawasan anak-anak muda di aras 2 itu.

cumanya, susah sikitlah nak menyamar adik-adik di sini. automatik dipanggil 'kakak', namapun kawasan pelajar pasca ijazah.

oklah tu kalau dipanggil 'kakak'.
padahal umur tu, kira sudah layak dipanggil 'makcik'.

20 Jun 2022

ke mana masa itu pergi?

rasa macam baru saja mendaftar semalam.
hari ini sudah dikira minggu ke-14.
semua deadlines semakin menghantui, serabut betul rasanya.

masa memang tidak akan berundur mahupun berhenti..

02 Mei 2022

lega!

anak-anak semua sudah wajib hadir ke sekolah seperti biasa. maka maknya sudah boleh lebih fokus pada kerja sendiri, walaupun masih haru-biru dan huru-hara di sana-sini.

bukan tidak sayangkan anak.
but i desperately need my 'me time'. maknya perlukan masa untuk fokus kepada semua bacaan penting, assignments, kajian dan perancangan untuk langkah seterusnya dalam perjuangan mak ini. 

lega betullah!
:p

15 Mac 2022

the art of letting go (I)


In the process of letting go, you will lose many things from the past,
but you will find yourself (Deepak Chopra).


embracing new journey in life and leaving excess baggage behind,
for something better in the future.

14 Mac 2022

bermula yang baru, sekali lagi.

hari ini, bermula kembara baru yang ditunggu-tunggu sekian lama. sudah sedekad lamanya saya mencuba -- getir melalui halangan, cabaran dan rasa putus asa. alhamdulillah, semangat masih ada untuk terus mencuba dan berusaha mencapai cita-cita.

semoga Allah menguatkan semangat saya sepanjang melalui tempoh ini. dan paling utama, semoga Dia kuatkan juga semangat semua kesayangan untuk turut sama melaluinya bersama-sama saya. 

bermulalah kembara baru selama 42 bulan.
ayuh!