13 Mac 2011

all is well. insyaAllah.

kami datang menjenguk sanggar impian kami sambil saya berusaha sedaya-upaya menahan amarah dan mengingatkan diri supaya bersabar. tetapi jack juga sedar yang saya langsung tidak mahu memandang wajahnya. sungguh berbeza dengan wajah manis saya sebelum ini. tahu tidak, saya umpama puting beliung tsunami jepun yang sedang amok tak ubah seperti coach sue sylvester dalam cerita glee?

finally, i have the courage to overcome my anger and looked at him. then i said, "jack, serius.. i frust sangat". tidak marah-marah seperti semalamnya. nada suara tenang, di dalam hanya Dia yang tahu. syukurlah kanda yang banyak mengambil-alih dan memastikan semuanya kembali seperti yang kami mahu.

sudahnya, kami diberi beberapa free gift yang kami tidak mampu tolak. saya hampir melompat seronok tetapi saya masih berusaha untuk menunjukkan riak yang tenang. di dalam? hanya Dia yang tahu. kalaulah topeng di wajah boleh disingkap, saya tak ubah seperti anak kecil yang diberi gula kapas. menyeringai suka :)

pentingnya, kami capai kata sepakat tentang gril dan lubang dapur. saya akan tetap dapat sepertimana yang saya mahu sebelum ini. tetapi apa yang paling penting, peristiwa itu mengajar saya bahawa dengan hati yang tenang, kita juga masih mampu menyelesaikan masalah. tidak perlu marah-marah dah.

dapur dan tv juga telah dibeli. habis satu lagi cerita!


12 Mac 2011

senja-senja tak baik marah-marah..

dalam remang senja, Tuhan saja lebih tahu betapa kecewanya saya melihat lokasi lubang dapur dan bentuk gril tingkap bilik anak yang tidak seperti yang kami mahu.

dan hanya jiran sekeliling dan keluarga saya yang tahu, betapa tingginya decibel suara saya menahan amok, kerana sabar sudah lama hilang selepas seharian letih mencari dan meninjau keperluan utama sanggar impian kami..


11 Mac 2011

sakit!

sudahlah baru dua hari lepas peha sakit dicucuk makcik misi di klinik.. mak dan ayah hanya melihat saja pula tu! jadinya, si hero tidak faham kenapa hari ini dia mesti dibawa berjumpa pakar ENT. orang berjubah putih lagi! sudahnya, letih jugalah pakar ENT dan pembantunya mahu memujuk. habis tenaga mak dan ayah berhempas-pulas memegang si hero yang kuat meronta tidak mahu disentuh orang berjubah putih..

hilang semua ke'macho'an si hero..

10 Mac 2011

ralat sedikit.

jack risau kalau-kalau saya bertukar fikiran tentang jubin. tengah hari, kami bergegas ke sana, bincang begitu begini, dan akhirnya tercapailah kata sepakat. rasanya dia lega (sangat) kerana hati saya tetap pada jubin yang emas-emas itu.

tapi saya agak ralat dengan kedudukan tingkap dapur..

09 Mac 2011

tiada di tangan.

jubin yang kami pilih warna ala-ala keemasan. cukuplah yang emas-emas di dapur. di tangan tiada memakai, tidak mengapalah.