kita ini, kalau boleh biarlah sama-sama menang.
sama-sama meningkat naik.
sama-sama berpegang tangan menuju ke atas.
bukannya memijak jatuh orang lain.
tak seronok langsung, tahu?
31 Januari 2017
20 Januari 2017
naik pangkat itu maknanya tanggung jawab pun, lebih.
sudah biasa men'taichi' tugas kepada orang lain, begitulah. sikit-sikit mahu 'tarik' kaki atau tangan orang lain. langsung tidak mahu bertanggungjawab dan berakauntibiliti dengan tugas sendiri.
bikin orang lain jelak sahaja dengan pe'el tak semenggah begitu.
bikin orang lain jelak sahaja dengan pe'el tak semenggah begitu.
19 Januari 2017
wahailah anak..
adik hero mengamuk sakan sepanjang perjalanan kami ke pejabat.
panas sungguh hati. naik jugalah suara tadi. akan tetapi maknya ini sudah berjanji habis pada diri supaya meningkatkan kesabaran dan melebihkan lemah-lembut pada anak. maka, tepis jauh-jauh rasa (h)angin dan pujuk juga dengan penuh sayang disulam jenaka.
tapi paling menyentuh hati apabila dalam tangis membentaknya, adik hero bilang mak selalu marah-marah dia. walau saya balas dalam gurau yang dia juga suka minta maaf kemudian mengulang balik kelakunya, tetaplah dia dengan membentak-bentak comel. saya hanya mampu menahan senyum dan ulang kali bilang sama adik hero, saya tetap sayangkan dia walau apapun yang dia mahu fikir.
dengan anak yang saorang ini, strategi harus lebih dan lemah-lembutnya harus berganda-ganda. sekarang, apa lagi strategi yang perlu saya guna ya?
18 Januari 2017
16 Januari 2017
gosip.
gosip, seperti cemburu dan iri hati, pun sama seperti api marak yang membakar hangus hati dan juga persahabatan.
kawan jenis apakah kamu?
kawan jenis apakah kamu?
Langgan:
Catatan (Atom)