sayapun bukanlah jenis yang pengemas 24 jam sangat.
saya cuma tahu satu perkara.
keadaan yang sentiasa berselerak, secara perlahan-lahan akan buat kita stress dan tertekan secara tak sedar.
ayuh, marilah mengemas!
bajupun dah berlonggok setinggi bukit ni..
12 Ogos 2017
01 Ogos 2017
tak baik.
tak baik mengata tempat bekerja yang terdahulu.
takut nanti jatuh kufur nikmat.
bohong besar kalau kamu kata kamu tak belajar apapun sepanjang tempoh kamu mencari makan di situ.
takut nanti jatuh kufur nikmat.
bohong besar kalau kamu kata kamu tak belajar apapun sepanjang tempoh kamu mencari makan di situ.
18 Julai 2017
pekasam.
setelah sebulan diperam, barulah ada kata putus. kalau ikan, sudah menjadi pekasam. nasiblah ini perkara berkaitan kelulusan, kalau jadi pekasam pun takkan berbau. bukankah telah saya maklumi sedari dua bulan yang lepas supaya lebih memudahkan keputusan? lemau atau lembab? entahlah!
kalau perkara semudah inipun kamu ambil masa lama amat, tak hairanlah perkara-perkara besar jadi berlarutan tak selesai.
mungkin kamu ingat the universe evolves around you?
14 Julai 2017
geliganya.
adik hero bilang, dia sayangkan mak. sayalah tu.
kemudian laju dia tambah, dia mahu mainan dinasor.
pandai kamu ya, nak.
kemudian laju dia tambah, dia mahu mainan dinasor.
pandai kamu ya, nak.
12 Julai 2017
tak matang.
saya umpama kancil comel terperangkap di tengah-tengah dua kumpulan gajah yang sedang dalam amokan dan karam dalam pertimbangan yang hilang. hanya mampu memerhati dan cuba meredakan keadaan. akan tetapi, kalian lebih rela tenggelam dalam perasaan dan langsung tidak mahu menggunakan akal.
aduhai.
bergaduh seperti anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa. perkara sekecil inipun kalian mahu mengadu pada ketua. mentang-mentang kalian rasa kalian yang berkuasa.
aduhai.
bergaduh seperti anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa. perkara sekecil inipun kalian mahu mengadu pada ketua. mentang-mentang kalian rasa kalian yang berkuasa.
kalian ini, anak-anak kecil terperangkap dalam tubuh dewasakah?
Langgan:
Catatan (Atom)