14 Mac 2023

setahun sudah berlalu.

"They say that there are moments that open up your life like a walnut cracked, that change your point of view so that you never look at things the same way again."
— Jodi Picoult

Berbaki 30 bulan sahaja lagi.
Allahumma yassir wala tu 'assir.

01 Mac 2023

selamat tinggal.

hampir 15 tahun dia berjasa kepada kami sekeluarga. akhirnya akibat terendam dalam banjir dua tahun lepas, dia sudah tidak seperti dahulu lagi.  hari ini, kami serahkan dia sebagai pertukaran kepada kenaikan kami yang baru.

semoga tuan baru akan melayan dia sepenuh jiwa, sebagaimana sayang kami kepadanya. terima kasih, Sparky.

dan selamat datang, Skywalker. 

07 Februari 2023

tembakan segenap hala.

Banyaknya soalan yang ditanya, memang perlu dijangka dan bersedia dengan semua kemungkinan.  Anggap sahajalah itu sebagai persediaan untuk menjadi lebih kuat ke proses selanjutnya. Bukannya tak biasa berhadapan dengan keadaan begitu, kan?

Selesai proposal defence.
Mari maju terus.

17 Januari 2023

tiada perantara.

kita ini lemah.
lemah kudrat. lemah iman.
lemah segala segi.

tidak ada senjata paling ampuh bagi seorang hamba, melainkan mengangkat sepasang tangan -- dalam keinsafan dengan hati penuh mengharap; meminta terus kepada Dia yang Maha Esa.

dan tiada detik paling tenang, melainkan sepertiga akhir hening malam -- bangkit bertahajud; meluah dan mengadu semahu-mahunya hanya padaNya.

terlepas semua sesak di dada.
tenang ribut jiwa.

15 Disember 2022

tak sama.

Satu ketika dahulu saya sangat sukakan perpustakaan dan boleh duduk berteleku seharian di situ tanpa jemu. Menguap sekali pun tidak. Sekarang masih suka juga, lebih-lebih lagi ada ruang khas untuk pelajar kertu seperti saya di sini. Warm and cosy, I must say.

Walau pun begitu, hari ini saya tersedar yang berteleku di lab; duduk di meja sendiri yang lengkap serba-serbi itu, lebih seronok. Semua barang dalam capaian.

Hmm, baru ingat nak bertukar angin dan menajamkan fokus. Tak jadi, esok ke lab sahajalah gayanya.