sementara menunggu bas, saya menjamu mata melihat kenderaan-kenderaan menderu laju di jalanraya. sambil berfikir-fikir idea untuk persediaan tesis nanti. multitasking, kata orang-orang komputer..
jarang kenderaan import dapat dilihat kelibatnya. kalau bukan Hyundai, pasti kenderaan keluaran Kia. atau Daewoo.
motokar-motokar yang menjalar. rekabentuk mewah dan mengasyikkan.. serta ekzos yang tidak mengeluarkan asap tebal. yang menyesakkan nafas lagi hitam mengaburkan pandangan. termasuklah bas-bas awam. hanya berasap ketika musim sejuk atau awal musim bunga kerana udara panas berlawan dengan udara sejuk. kualiti udara dan alam sekitar sangat dijaga dan dikawal.
saya kira, kerana itulah saya kelihatan sihat. oksigen yang disedut tidak bercampur dengan toksik. mengingatkan pada segarnya udara di kampung halaman, walaupun tinggal di tengah-tengah kota metropolitan..
nota kaki:
Hyundai bukan setakat pembuat kenderaan, malah ada stesen minyak, bank, perumahan..dan senarainya berpanjangan. Hyundai Sonata ialah kenderaan rasmi untuk teksi. iya, teksi. saya pernah menaiki teksi yang dilengkapi sistem GPS. untungnya, pemandu teksi itu pandai Yongo. dalam menuju destinasi, kami dengan riangnya berbual-bual. seronok mendengar cerita pekerja syarikat IT memandu teksi secara sambilan itu. selalu juga di tanah air dahulu, saya ketemu pemandu-pemandu teksi yang bercerita perihal banyak perkara. memberi pengalaman hidup yang tiada tara nilainya..