salji sudah turun! Emilie si Filipino dan saya seperti anak-anak kecil menadah salji menutupi bumi Kwanak. seonbae tersenyum. kata mereka, tak apalah. mereka sendiri masih teruja dengan kedatangan salji biarpun sudah lama di sini..
perasaannya sungguh berbeza. bumi suci bersih dilitupi salji memutih. menyejukkan hati saya yang mudah membahang dan membara.
kepada rakan-rakan yang pandang enteng pengajian saya di sini, diucapkan terima kasih.. atas kata-kata yang takkan membawa saya atau kamu, ke mana-mana. alangkah bagusnya.. kalau pemikiran kritis kamu itu disalur kepada penulisan ilmiah kamu. rakan-rakan saya di universiti lain di sini turut sama mengambil bidang teknikal dan sukar. menariknya, mereka sudah ada berbelas-belas jurnal ilmiah dalam tempoh 2-3 tahun pengajian. dihasilkan bukan takat salin-dan-tampal. bangga.. mereka seagama. biarpun berbeza negara. rasa malu juga.. saya masih terkial-kial. buat inspirasi untuk saya. kerana saya sudah ketemu hala tuju di sini. tidak mengapalah walaupun tidaklah sesusah kamu. saya bukanlah seorang bijak pandai dibandingkan kamu..
alangkah mudahnya manusia berkata-kata.
saya bersyukur saya di sini. itu bukan tiket untuk mendabik dada kepada kamu. kerana saya sedar, beratnya tanggungjawab saya di sini. kalaulah saya buat setakat salin-dan-tampal, saya hanya akan menguatkan lagi tanggapan sesetengah pihak bahawa orang Islam ini pemalas dan tidak mahu berfikir. bukan. bukan saya kata kamu malas berfikir. saya hanya memberi pandangan dari sudut kedudukan saya di sini. tidak lebih dari itu.
lagipun, siapalah kamu untuk menilai saya.. kerana kamu juga manusia biasa. bukankah? ;)