"Pihak Kementerian Kesihatan, sudisudilah turun lihat keadaan di luar bandar, pekan kecil atau kampung. Lihatlah pengguna dan rakyat kerana bukan semuanya antara mereka ke klinik kerajaan terutama di waktu selepas pejabat. Janganlah hanya bermesyuarat dan membuat keputusan di bilik berhawa dingin sedangkan rakyat dan pengguna di luar susah, sengsara dan merana." kata Doktor Simpati.
makan gaji dengan kerajaan dan buat kerja untuk kebajikan sosial memang susah. kamu takkan dapat anugerah cemerlang. atau puji-pujian daripada orang² 'besar'.. kamu akan selalu kalah dengan orang² bernafsu besar mengaut untuk kepentingan diri. kamu akan terperosok dalam pejabat menyudahkan kerja² bertimbun, tapi mereka berjalan ke sana ke mari atas nama 'urusan rasmi'. buat kerja untuk menaikkan nama masing². tak sudi langsung membuka mata melihat dunia luar yang realitinya pahit untuk ditelan.
aih. banyak pula berfikir di pagi-pagi buta ini. sudah. sudah. fikirkan bagaimana untuk menghabiskan semester ini dengan jayanya dan pulang dengan ijazah. jangan pening-pening.