20 Februari 2009

semalam dan hari ini.

semalam dan hari ini dipenuhi kebimbangan. sudahlah saat-saat akhir disuruh menguruskan pembelian t-shirt rumah sukan (ya..sukan bukan takat di sekolah OK?), karenah ahli-ahli yang itu ini sangat memeningkan dan menaikkan suhu badan. macamlah saya ini yang membuat keputusan penting. kalau mahu membentak sangat, datang mesyuarat tahu? tepuklah meja atau melompat-lompat membantah keputusan yang sebulat suara dibuat.

malas untuk bertekak, minta saja big boss membalas semua e-mel yang tidak berperisa. tak perlu menyusahkan kepala. cukuplah pening dan risau kerana mengharapkan pesanan t-shirt (yang tak sampai 24 jam itu) mampu disiapkan petang ini.

semalam, si kecil yang di dalam tenang mencapai usia tiga bulan. terasa seolah-olah dia bergerak sejenak menyambut hari ketika saya membuka mata. pagi tadi juga.

itu, Alhamdulillah, sudah cukup menenangkan.

16 Februari 2009

lama tak jumpa, kini bersua.

sudah lama tidak bersua. berbelas tahun. paling terbaru, eh eh.. lapan tahun yang lalu. kini dapat bertentang mata. gembiranya tak terkata berjumpa sahabat-sahabat lama. teringat kisah-kisah dulu, suka duka. pahit manis. bertukar-tukar cerita. melihat masing-masing yang sudah matang dewasa tapi masih dengan kenakalan zaman-zaman muda. membuat masa-masa yang berjalan penuh terisi kisah-kisah lucu dan menggembirakan. ibu-ibu, bakal ibu dan yang masih bujang penuh ceria. ditemani suami-suami yang setia memerhatikan isteri-isteri yang kembali menjadi 'muda' si manis 17.

hujung minggu yang penuh makna.

13 Februari 2009

tak larat.

loyanyalah tekak. peningnyalah kepala. sakitnyalah belakang. sensitifnyalah hidung. lenguhnyalah kaki. sedapnyalah makanan, tak tersentuh makan.

alahai..