semalam dan hari ini dipenuhi kebimbangan. sudahlah saat-saat akhir disuruh menguruskan pembelian t-shirt rumah sukan (ya..sukan bukan takat di sekolah OK?), karenah ahli-ahli yang itu ini sangat memeningkan dan menaikkan suhu badan. macamlah saya ini yang membuat keputusan penting. kalau mahu membentak sangat, datang mesyuarat tahu? tepuklah meja atau melompat-lompat membantah keputusan yang sebulat suara dibuat.
malas untuk bertekak, minta saja big boss membalas semua e-mel yang tidak berperisa. tak perlu menyusahkan kepala. cukuplah pening dan risau kerana mengharapkan pesanan t-shirt (yang tak sampai 24 jam itu) mampu disiapkan petang ini.
semalam, si kecil yang di dalam tenang mencapai usia tiga bulan. terasa seolah-olah dia bergerak sejenak menyambut hari ketika saya membuka mata. pagi tadi juga.
itu, Alhamdulillah, sudah cukup menenangkan.