semalam hari yang mendebarkan. ada tanda si-kecil-yang-di-dalam sudah mahu 'menunjukkan' diri. tetapi di hospital, setelah melalui prosedur pemeriksaan yang sangat menyakitkan, saya disuruh pulang. false alarm, kata tuan doktor.
sehingga malam, fobia saya masih ada. ada lagi rasa sakit, sangat menghantui diri. umpama kejutan elektrik yang menumpulkan pemikiran yang waras. tidak sangka saya boleh menjadi setakut itu untuk menghadapi keadaan sebenar ketika bersalin nanti.. dalam masa yang sama, saya rasa sangat terharu. terfikir bagaimana Mak menghadapi semua itu seorang diri, dulu. sekurang-kurangnya, usapan lembut Mak di belakang saya siang tadi sementara menunggu sangat menenangkan. lega rasanya orang-orang yang disayangi duduk menemani kita di sisi.
si-kecil, masih belum mahu keluar ya nak.. tahu tidak, penantian yang penuh rindu itu satu penyiksaan?