orang yang membawa aura negatif ini, dia tidak akan penat. sikit pun tidak. dia jana tenaga daripada bara negatif dalam badannya -- membuak-buak meletus mengembang, tidak berhenti. semua serba tidak kena.
yang penatnya, kitalah..
kita yang lesu dek mengembleng tenaga sedaya-upaya menghalang amokan ablasa gelombang itu daripada menyelinap ke setiap inci ruang hidup kita.
mengah, kak oiii!