sebenarnya, sudah lama abang hero dan adik hero naik pangkat.
tapi gelarnya di sini, tetap samalah. pening saya mahu fikir nama yang lain. malas, iya juga.
alhamdulillah, setahun sudah pwincess hero datang melengkap dan menyinari hidup kami. alhamdulillah, setahun sudah tidak tergambar huru-haranya kanda dan saya (ha ha!) meladeni permintaan dan ragam tiga makhluk kecil yang memberi seribu rasa pada makna kehidupan.
pwincess hero, silalah menjadi penebat kepada gaya hidup terlalu aktif abang-abang kamu itu ya? ataupun mak syak, kamupun dua kali lima sahaja dengan abang kamu. hmmmm.