kanda bercerita kisah adik hero solat tarawih.
ada masanya dia dapat fokus. selalu terjadi tersasar perhatian; lalu teralih kepada makanan, serangga berkeliaran atau kawan-kawan yang ada. paling kelakar, saat dia tersedar dan teringat janji padu pada ayah supaya khusyuk bersolat, cepat-cepat dia kembali ke saf di sebelah ayah. memandang ayah sekali dua mahu melihat reaksi ayah. setelah dia pasti ayah sedang solat tidak menyedari kelakuannya, dia fokus solat kembali.
pada firasatnya, ayah TIDAK SEDAR yang dia telah mungkir janji. jadi esok bolehlah dia mengikut ayah ke surau lagi.
alahai anak.
macam-macam!