16 Oktober 2021

akhirnya!

setelah sedekad mengharapkan terpaparnya keputusan 'BERJAYA' untuk semua permohonan tanpa jemu, akhirnya hari ini tercapai jua impian. keluarga tersayang, terutamanya kanda yang-bertakhta-di-hati sangat tahu betapa tingginya impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

sebaknya hati, Tuhan sahaja yang Maha Memahami. Allahuakbar, sepuluh tahun itu bukannya singkat. dengan halangan daripada tangan-tangan yang punya kuasa -- itu biar Tuhan uruskan mereka; semua saya hadapi dengan jiwa kental memperbaiki diri tanpa putus asa. sekarang yang penting, saya perlu berusaha untuk pastikan impian ini dimulai dengan semangat waja dan bersedia dengan langkah seterusnya.

Alhamdulillah, nikmatNya mana lagi yang saya mahu dustai?