beliau sudah laaaaaaaaaaaama bersara. saya pun sudah lama tidak bertemunya. teknologi memudahkan kami tetap rapat seperti dahulu. bos saya inilah satu-satunya orang yang saya memang speaking dengannya. dia faham dark humour saya. saya faham dia, sama. kamu ingat senang nak cari orang yang boleh paham perkara sebegini? ;)
banyak yang kami bualkan. tentang semangat saya yang baru pulih, tentang saya 'hilang' diri sepanjang semester lepas, tentang 'how i bled until dried' hahaha. tentang kesihatannya dan isteri. tentang anak bongsunya yang berkerjaya doktor perubatan. pendek kata, tentang macam-macamlah!
terima kasih bos, kerana selalu ada untuk saya. you are like my second father who i respect and love very dearly. semoga Allah akan selalu melindungi bos sekeluarga walau di mana jua bos berada.