hari ini, harijadi Hoan. rakan saya yang dari Vietnam. senyum, saya memandang dari jauh. semua bertepuk tangan. menyanyikan 'happy birthday'. rakan saya yang changnankkulogi itu. sentiasa menghiburkan. :)
bukan mudah bercampurgaul dengan pelbagai bangsa, pelbagai negara. ingatkan di tanahair sudah berbilang kaum percampurannya, maka di sini pun agaknya tiada masalah besar. salah perkiraan: makin besar cubaan. lain yang disampaikan, lain yang ditafsirkan. sampai, saya lebih memilih untuk diam, hanya tersenyum. dalam hati, mencongak-congak kata yang sesuai. tapi tak tersuarakan. senyum lagi.
asam garam yang pelbagai ini, harapnya akan lebih mematangkan saya. saya melihat diri saya dari penjuru yang lain sekarang. mengajar saya memandang ke belakang tanpa kesal. terus, memandang ke hadapan dengan harapan.