..satu malam yang sangat panjang.. dan hanya gambar-gambar si kecil menjadi pengubat sunyi. terkenang-kenang tawa dia. tangis dia. ini baru anak saudara. bagaimana jika sudah punya anak, darah daging yang dikandung 9 bulan 10 hari? emak-emak lebih maklum.
pipinya saya cium sebaik saja kaki menjejak rumah. saya khabarkan, mak ngah mahu dia cium 'bau' Korea mak ngahnya dahulu. dia nampak kehairanan. ada wajah baru. yang perlu dikenali. dalam tempoh 30 hari. sahaja.
rupanya, begitulah keadaannya bila ada 'orang baru' si kecil hadir dalam hidup kita. hari terasa berlalu dengan pantas. setiap saat mahu melihat dia. mengagah dia. sampaikan apa yang dirancang, tidak terbuat. asyik benar melihat dengan mata sendiri bagaimana si kecil semakin hari semakin membesar.
paling ketara, Mak dan Abah. pantang ada kelapangan, cucu dijenguk dahulu. hinggakan saya tertanya-tanya.. 'orang jauh' ini 'invisible'kah? pernah juga saya mengomel, sepatutnya saya ini yang dimanja-manjakan. bukankah saya hanya di tanah air sekejap saja?
..saya bukanlah keutamaan ibu bapa saya lagi.. *sigh*