01 Februari 2007

sunyinya!

seronok sungguh kamu semua ya. bercuti sakan. tahu tidak, betapa bertuahnya duduk di tanah air tempat tumpah darah sendiri? semua perayaan disambut dengan rasa muhibbah. tanpa prejudis. masing-masing maklum akan perayaan bangsa lain. prihatin. beruntung, tahu? saya mahu bercuti sempena Aidilfitri pun perlu isi borang. excuse note. dan disertai kerlingan sinis tidak percaya. saya ini pencipta rekod memohon cuti atas perayaan yang diada-adakan, agaknya. sungguh tidak sensitif. tak ubah seperti katak bawah tempurung kaca. diikat oleh pagar-pagar digital hijau ala-ala The Matrix.

oleh kerana kamu di tanah air semuanya bercuti, saya rasa sangat sunyi hari ini. ikon-ikon Yahoo kamu malap. tidak bercahaya sepertimana selalunya. tergamak sungguh membiarkan saya keseorangan di sini. tahu tidak, ikon-ikon kamu yang sering bercahaya itu antara pengubat kesunyian dan stress saya?

kamu semua memang tidak tahu..