hari ulangtahun ke-.. err, ke sekian kalinya ;).
tidak, saya tidak pernah terasa tua ha ha. dan pagi saya disambut mata yang membengkak. alahai. mesti berjangkit dari Abah, Beddie dan si kecik (yang sudah besar panjang) Erin sepanjang Aidilfitri lepas.
hati tersentuh membaca emel profesor Jerman kacak bergaya yang tidak lupa dengan the very best birthday wishesnya. sir.. i wish you all the best wishes in the world, too.
hari yang istimewa. dengan mata yang merah, bengkak dan gatal². tapi hati berbunga riang. kerana mata yang sepet masih dapat melihat hadiah dari kanda-yang-bertakhta-di-hati: microwave oven. cantik tersusun sebaris barangan elektrik lain. sudah digunakan menghangatkan capati yang dibeli pagi tadi. mahu memasak pun tidak boleh. mata dan muka yang terasa berat sebelah ini tidak mahu berkompromi dengan keinginan membuak mahu menggunakan si-empat-segi itu.
psst, psst. oh ya, kanda. ketuhar kek itu on the way.. kan kan kan? *mata kelip²*