"75% baby boy, insyaAllah," kata puan doktor yang sangat peramah itu, 8 minggu yang sudah. oh. patutlah aktif. sangat-sangat. dan berita gembira yang diterima 2 minggu sudah lagi menambah aksi-aksi somersault si-kecil-yang-di-dalam. really makes me wonder.. seronoknyalah dia bermain-main, ya..
bila masanya teringin hendak mengusik, sengaja saya berbaring mengiring ke kanan. saya tahu, dia mesti bertindakbalas. ditolak-tolaknya perut. atau digeleteknya buah pinggang maknya ini. and i ended up laughing. joyfully. mother-and-son moment, kata orang.
kerana itulah..
walau sakit-sakit badan, mengahnya berjalan 10 langkah, terjaga malam dek kejangnya kaki, rasa tersangatlah laparnya atau dikejutkan si-kecil-yang-di-dalam yang tidak tahu waktu untuk bermain. berulang-alik ke tandas itu sudahlah tentu.. mahupun hati yang semakin cepat terasa serta bercelarunya perasaan melihat baju-baju yang semakin mengecil dek badan yang semakin mengembang. belum dikira hormon yang turun naik seperti roller coaster.. sudah 28 minggu, rasa panik dan cemas selalu ada - risaunya tidak cukup kelengkapan itu ini. pening sungguh..
tetapi,
hati rasa sangat gembira. arah hidup nampak lebih jelas. rezeki yang datang membawa makna yang tidak terungkap. tak sabar menunggu orang baru dalam hidup kami.
sayang kamu, nak..