30 Jun 2009

berserah.

hari ini, si-kecil-yang-di-dalam pagi-pagi sudah bermain-main berguling-gulingan. aksi geletek-geletek pun ada. senang hati mak, nak. kerana semalam, dia sangat kurang bergerak.. membuatkan emaknya berwalang hati, terfikir yang bukan-bukan. puas saya usapi perut, menyuruh dia berjaga, bergerak walau sedikit supaya emaknya tahu. yang dia tetap ada. yang neneknya pun sama..memanggil-manggil supaya dia bangun bermain-main. seperti biasa.

semalam itu, si-kecil-yang-di-dalam melalui fasa baru agaknya.. berpindah tempat dan masih mahu menyesuaikan diri.

menjadi bakal emak ini, rupa-rupanya membuat kita menjadi seorang yang sangat mengharap. sangat berteka-teki. dan sangat-sangat sentiasa berserah..