03 Disember 2009

saya kini seorang mak (episod 03)

cuti hampir ke penghujung. bermakna beberapa hari lagi anakanda Im the hero akan dihantar ke taska. alahai, beratnya hati!

maka tersangatlah rasional jika saya mula melatih si hero tidur di atas tilam, tidak lagi berbuaian. si hero asyik membentak. tidurpun tidur-tidur ayam. bohonglah kalau emaknya ini tidak geram. baru hendak membuat kerja, terbantut niat mendengar rengekan manja si hero yang tetap mahu berkepit dengan emaknya ke sana sini.


sudahnya, saya biarkan saja si hero merengek dan meneruskan kerja-kerja yang ada. rasa bersalah membuak-buak tetapi terpaksalah menguatkan semangat. untuk kebaikan si hero juga.

melihatkan si hero terlelap kerana tidak dilayan sepertimana selalunya, hati saya remuk redam dek rasa bersalah yang masih belum hilang. sedih sungguh hati..

susahnya ini macam..