24 Disember 2009

you surprised me, nak..

saya cuti hari ini.

tak tahulah sebab apa. marah mungkin, kerana sepanjang minggu asyik mesyuarat hingga lewat petang. jadual mengepam berterabur - bengkak susu sampai naik pitam dan demam jadinya. apa ingat saya boleh fokus bilamana anakanda Im the hero dibiar lama-lama di taska? tahulah anak masing-masing sudah besar panjang. saya bukan tidak mementingkan karier dan tanggungjawab. tetapi kalau keluarga tunggang-langgang, apa kamu fikir saya boleh bekerja dengan betul? air muka pun tak dapat nak jaga dah.. mencuka saja sepanjang masa yang melepasi waktu pejabat :p

menariknya, saya dapat lihat perangai si hero yang baru. nampaknya dia sudah pandai jaga diri. tidak merengek-rengek seperti dulu. kalau terjaga, dia diam dan memandang keliling. kemudian menyambung tidur. sempat tersenyum manja lagi. alahai, intan payung mak ayah :*

kalau tidak, saya asyik tertanya-tanya bagaimanalah pe'el si hero di taska. sebab pe'el yang selepas taska itu, bolehlah ayahnya kanda-yang-bertakhta-di-hati dan saya perhati dan fahami. selalu juga saya meluahkan rasa risau pada kanda mengenangkan si hero dijaga orang. mungkin saya yang terlebih risau..


anak mak sudah besar..