saya mula pakai selendang - atau nama popularnya sekarang, shawl; sejak saya mengaji di negara orang dahulu lagi. cuma cara lilitannya buatkan saya nampak seperti memakai tudung bawal. dapat tips daripada penjual tudung di Jalan TAR. sebelum itu, banyak juga terbeli tapi tidak dipakai - tidak pandai.
saya mula memakai selendang ketika rata-rata memakai tudung ekspress (ala-ala Ar*ani dan Far**da) ataupun tudung bawal. selendang terjual ketika itu tidaklah banyak pilihan atau elok ukurannya seperti mana sekarang.
zaman berubah dan secara tak langsung, fesyen tudung turut sama berubah. selendang merata-rata digayakan orang ke pejabat. sangatlah banyak corak, ukuran semua elok belaka. jenamapun ada (terlalu) banyak, pilih sahaja yang mana mahu. paling utama, stail lilit melekap di dahi sudah tidak kelakar lagi! pesen, tahu?
saya tulis ini sebenarnya untuk mengubat hati lara tidak dapat menyambar selendang cantik edisi terhad raya yang dilancar hari ini. lost the battle, i feel so defeated let alone exhausted. benci tahu tak? *pasang lagu bencinta*
alangkah mudahnya kalau reka bentuk shawl masih terhad seperti 9, 10 tahun yang lalu. tidaklah sayu sangat melihat idaman hati terlepas tidak dapat dimiliki!