08 Jun 2006

layu

mata makin layu. esok ada pembentangan projek berkumpulan. tugasan terakhir untuk subjek 'Technology and Policy in ICT Convergence'. subjek yang selalu membuat saya 'menangis' dalam hati. rasa bersalah kepada diri sendiri. kerana susahnya untuk memahami kuliah yang disampaikan. profesor saya itu terlalu berpengetahuan dan sangat tinggi standardnya. hebatnya dia sehingga syarikat besar-besar pun meminta pandangannya untuk kajian dan rekaan produk IT baru.

rakan-rakan seperjuangan pun semuanya sudah letih-letih. tidak sabar menunggu semester berakhir. mungkin tak sabar untuk keluar dari tempat ini. rasa dalam penjara, bagai. musim bunga yang indah berlalu sia-sia. sedikitpun tidak sempat untuk dinikmati. kesal sungguh.

dan saya, dalam sakitnya kepala memikirkan tugasan akhir ini, masih sempat untuk menaip di sini. sambil berkira-kira, sesudah selesai yang ini, perlu siapkan tesis 'kecil' bagi subjek lain pula. dan ada pop kuiz minggu hadapannya. berselang dengan final subjek profesor Jerman kacak bergaya. dituruti dengan final TechnoEconomics pula. *sigh*

saya harap, kami semua di sini tidak layu sebelum berkembang...