seingat saya, kami seharusnya datang ke sini menimba ilmu dan berkongsi kepakaran. maklumlah, masing-masing datang dari agensi kerajaan yang membawa tanggungjawab berat. rupanya tidak. persaingan itu sangat ketara. dan mungkin kerana saya yang paling muda dalam kelompok semester ini, pantang mereka jika ada ketikanya ilmu saya lebih. pada wajah masing-masing tergambar rasa kurang senang. dan keluarlah kata-kata yang menyakitkan hati dan mencabar kesabaran. paling ketara, jika berbaik-baik, pasti 'ada udang sebalik batu' [1]. alangkah!
apalah salahnya berkongsi-kongsian. bertukar-tukar pendapat. berfikiran lapang. telus. tidak ada ruginya. pun!
hey guys, play beautiful! joga bonito![2]
p/s:
[1] bukan semua begitu. masih ada yang baik hati :)
[2] 'joga bonito' ialah slogan Nike yang dilaungkan Eric Cantona sempena World Cup 2006. ya, saya tahu ramai yang tahu ;)