"joh-ayo!" kata seonsaengnim tiap kali saya berjaya menjawab soalan lisannya semalam. dan ujian bertulis itu: walaupun naik juling mata membaca dan cuba menjawab, syukur dapat dilalui dengan berlapang dada. apapun keputusannya nanti, saya kurang peduli. yang penting saya telah mula memahami dan menggunakan hangeul dalam hidup seharian.
hari ini, kami semua akan ke luar Kota Seoul. Field trip yang wajib setiap kali semester berakhir. maka akan saya tinggalkan 'ruang vakum' saya ini buat beberapa hari. bagus juga ada aktiviti sebegini. sayapun sudah naik bosan dipaksa hadir setiap pagi. semata-mata untuk menandatangani jadual kehadiran. walaupun secara rasminya, kelas/semester telah tamat. macam budak-budak punya peraturan. hati saya selalu mengumam. orang dewasa, yang sedang mengaji sarjana dan PhD., tidak perlu dilayan sebegini. masing-masing ada cara sendiri untuk menguruskan waktu dan kajian. tidak perlu dikawal-kawal. 'rotan' yang diacah itu takkan menakutkan sesiapapun. malah akan memburukkan keadaan, adalah.
sempena field trip itu nanti, saya harap saya akan belajar lebih banyak perkara baru. mahu juga melihat dengan mata sendiri akan kehebatan tempat-tempat yang diwar-warkan itu. jumpa lagi. annyong haseyo!