16 Jun 2006

malam yang mengujakan.

"akak. akak hip-hop laaaa.." Min. sambil tersengih. satu hari ketika kami membeli-belah di Lotte Mart, berdekatan Gocok-dong. tidak jauh dari Sindorim-yok.

uh? hip-hop? apa yang hip-hop? saya tertanya-tanya. lama, baru dapat menangkap. seluar jeans saya mencecah lantai.. er, ala-ala rappers. longgar sangat! menandakan inci-inci lemak di badan berkurangan, drastik sekali sejak di sini. bayangkan, seluar yang dipotong elok-elok labuhnya. sekarang seperti sengaja dibiarkan melondeh. kalau menyeluk kedua-dua belah poket seluar pun, tetap longgar. mahu berjalan pun payah. asyik menarik-narik kaki seluar.


bagai peringatan kepada diri yang semakin tidak berselera: jangan dibiar lama-lama. bahaya!

kerana itulah, tadi, Flavio sangat teruja melihatkan saya makan tidak berhenti-henti. manakan tidak, menu makanan laut. "this is the first time I saw you're enjoying your food!" usiknya.


kenyang sungguh. alhamdulillah.

p/s: untuk sampai ke restoran itu, Flavio menghantar Maria dan kemudian datang mengambil saya dan Lorena di Seoul Tae Ipgu-yok. adakah patut disuruhnya saya duduk di tengah-tengah.. diapit dia dan Lorena atas motosikal besarnya ala-ala Harley Davidson itu! katanya, saya kurus. maka naik bertiga umpama naik berdua. tak dapat dibayangkan! di tengah-tengah kesesakan lalu-lintas kota Seoul! menderu laju, badan terhenjut-henjut menahan tawa sambil berdoa: pak polisi takkan mengejar dari belakang!