"hangeulmal mulayo.." kata saya seraya membuat muka sedih. "aaaaahhh.." kata ajoshi itu sambil mencari-cari kata yang lebih mudah untuk saya fahami. "Japanese?" tanyanya kembali. "aniyo. Malaysia." saya pun menjawab. dia mengangguk-angguk tanda faham. kami berbalas senyum. dalam hati berkira-kira: mata sepet saya ini menjadi pokok kepada soalannya. agaknyalah.
hari ini dalam perjalanan pulang, dua kali saya ditanyakan soalan yang sama. tadi, ketika membeli supak, ajumoni pun turut ingin tahu. selama ini hanya melihat saya berlalu pergi. cara pemakaian sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan kepada penduduk sekeliling. dan saya dapat menangkap pertanyaannya kerana perkataan 'nara'. bermaksud, negara. ya, sekali lagi dengan bangga saya memberitahu. Malaysia. tanah air tercinta.
hmm. seronok juga duduk di luar kampus. bak kata iklan astro: macam-macam ada... iklan dahulukala itulah, mana lagi.
nota kaki:
mereka ini suka berkata "aaaaahh.." dituturkan dalam irama dan lengguk lembut yang tersendiri. tanda 'ya'. cara inipun sedikit sebanyak telah TERamal oleh rata-rata adik-adik dari tanah air. membuat saya sering tersenyum simpul. suka mendengarkannya. mungkin sedikit masa lagi saya pun akan terikut sama. mungkin.. :)