musim luruh, nyamuk banyak. pantang lambat tutup tingkap, mulalah menderu-deru nyamuk menerpa masuk. tak diundang. benci sungguh rasanya. perlu pasang ubat nyamuk seawal pukul enam petang. saya benci nyamuk. lebih-lebih lagi selepas diserang denggi setahun lepas. seksa dicucuk sana-sini masih terasa. brrrrr..
rutin pagi, seperti biasa: berjalan ke perhentian bas. sayup-sayup terdengar bunyi bising lori penyembur ubat nyamuk. saya angkat muka. dari jauh nampak asap berkepul-kepul. memenuhi jalan yang bakal dilalui. mata saya membulat. oh tidak...
dan sekelip mata lori itu menderu, melepasi saya. asap tebal menyelubungi, buat saya terbatuk-batuk. sudahnya.. sepanjang pagi, sehinggalah sekarang. bau Salvatore Ferragamo entah ke mana. berganti bau ubat nyamuk. uh, shiro.. shiro!