apabila selera makan hilang tetapi perut meragam kelaparan, mati akal sungguh rasanya. tidak tahu apa lagi yang perlu dimasak untuk memujuk selera yang merajuk. bukan semua bahan mentah boleh didapati di sini. maka, rasa makanan memang ketara perbezaannya. itupun, kami bernasib baik kerana terdapat kedai di Itaweon yang menjual beberapa jenis bahan mentah yang disejukbekukan. Alhamdulillah.
semalam, saya makan spageti. berkuahkan gulai ayam. baki gulai hari sebelumnya yang saya masak untuk dimakan dengan roti jala. tidak pernah dibuat orang. spageti berkuahkan gulai ayam. tetapi saya tetap memaksa diri untuk makan. hari ini, selera saya datang kembali. saya masak mee rebus utara. mee tiada. saya gantikan dengan spageti.
saya pujuk hati. terimalah keadaan seadanya..