17 Oktober 2006

mak ngah..

sudah 5 hari. perasaan terbuai-buai. asyik senyum saja. agaknya pakcik bas pun nampak saya tersengih seorang diri di belakang. sebenarnya, saya terima khabar gembira. kakak ipar sudah selamat melahirkan seorang puteri. kami sekeluarga menyambut dengan perasaan gembira, tidak berbelah bahagi. dia lahir pada tarikh yang sama dengan arwah adik saya. besarnya anugerah Tuhan. Dia tidak mahu kami terus-terusan bersedih. kata Mak lagi, rupa si kecil ada iras-iras saya dan pak busunya. terus, hati melonjak-lonjak mahu terbang pulang. sekarang juga. kalaulah boleh..

saya sudah menjadi makcik! mak ngah.. mmmm, sedap juga bunyinya. kan?