penat mengangkut barang-barang mentah dari Itaweon masih terasa. menyesal juga tak membawa troli. jika tidak, lebih mudah: tarik sahaja barang-barang yang sangat berat. sehinggakan pekerja kedai pun berkata "whoa!" bila saya melambakkan semua barang di atas kaunter.
saya bawa bersama bakul pasar ketika menghadiri ujian pertengahan semester tadi. mudah. bolehlah bergegas membeli-belah sehabis ujian. buat seketika, ia menjadi bahan jenaka rakan-rakan. "why? do i loooook like an ajuma??" saya agak defensif. Avaz, sambil menahan ketawa, mengangguk. tak sudah-sudah mencari peluang mengusik. penghibur kala gundah gelana. Liu, rakan dari China, dengan keletah keanak-anakannya hanya mentertawakan saya dari jauh. saya membalas dengan senyuman jahat: "jaga kau nanti.."
ujian itu, saya jawab penuh berhempas-pulas. bayangkan, pada usia yang sebegini, masa 3 jam bagaikan tidak cukup untuk menjawab 4 buah soalan. betapa sukarnya 'memetik suis' mencari ingatan pada semua yang dibaca selama ini. mungkin untuk peringkat PhD, saya tidak mahu menunggu lama. sebelum terlalu lanjut usia, saya mesti kejar juga. kalau tidak, agaknya 4 soalan saya perlukan 9 jam...
saya rasa saya telah mencipta formula saya sendiri. agak-agak, saya boleh menang Hadiah Nobel tak? hmmmm..