21 Mei 2007

double trouble

alhamdulillah, gaji naik.. tak kisahlah berapa peratus pun, yang penting bersyukur. usahlah dikira siapa dapat lebih, siapa dapat kurang. tahap² kita ini memanglah ala² kuli.. siapalah yang peduli dengan perit jerih tak tidur berhari² semata² mahu memastikan semuanya lancar. atau pusingnya nak menyiapkan kertas kerja. dan ya, siapalah yang mahu memahami sakit kepala beban tak tertanggung otak dek azam mendalami ilmu.. semata² untuk kebaikan organisasi juga. rambut yang makin menipis dan mata yang semakin kabur. tidak, tidak ada yang peduli..

gaji naik,
ingat² masa depan. jangan belanja di luar kemampuan. dasar lupa daratan memang suka lebih kerak dari nasi. mengadu duit tak cukup tapi gah bergaya dengan motor besar, kereta besar. otak makin kecil. cheh! loya sungguh tekak melihat orang tidak sadar diri.

"
oh? double salary?" rungut profesor kacak, tidak puas hati. eh, eh..di sini bukan gaji tau. di sini scholar. dan rungutannya itu berterusan sehinggalah saat² kelibat saya hampir menghilang.

saya harap dia dengar gelak jahat saya. muahahahhahhahahha.