arah saya sudah jelas. saya sudah tahu apa perlu dibuat untuk tesis saya. memang derita untuk datang dengan idea sendiri. lebih² lagi bila sumber rujukan umpama mencari jarum di padang yang luas. entahlah idea itu nanti akan dikeji atau dilekehkan. idea kecil cuma, yang penting saya tahu, dengan idea kecil itu, insyaAllah saya mampu gerakkan dan majukan dalam banyak perkara. biar kecil, tapi bermakna. bukan nampak gah, tapi kosong semata.
bukan itu saya mahu ceritakan. saya mahu bercerita tentang ini. tentang wanita² yang menggunakan pesona yang dibuat². digunakan untuk menggoda profesor² semata² mencapai apa yang mereka mahu: segulung ijazah. hanya perlu pakai skirt yang pendek. "high GDP," ulas mohsen. membuatkan saya gelak tidak ingatkan dunia. ya, tawa saya memang dinanti². sebab kuat sangat. dan meriah betul bunyinya. somehow, they felt obliged to make me laugh. tidak mahu melihat suram saya. mungkin.
alangkah sedihnya. kerana kita ini nampak gagah, kononnya berpotensi, 'best people to work with'.. konon².. maka orang yang kerjanya seperti budak tadika perlu didulukan. oleh sebab otak karat tidak boleh dipakai, maka, apa lagi, dedahlah apa yang patut. kejinya!
kita, sebagai wanita yang ada integriti dan maruah, memang sangat mudah rasa kalah dalam hal ini. ada masanya, mahu saja saya tampar murahan² ini. janganlah sampai mengganggu kerja² saya. saya serius, ok? saya bukan ke sini bermain² 'i'll show you what i got, instead of my brain'. hina sungguh rasanya bilamana skirt pendek berjaya mengalahkan kerja kuat..
it is very frustrating.. to see somebody we respect so much had became so low.. just because of those short skirts...
*GDP: gross domestic product.