"who else muslims here is priest?" tanya si melankolik lorena. sudahlah grammar salah. bad english, wrong pronounciation, tapi sentiasa fikir dialah yang lebih cantik, popular dan cerdik daripada yang lain. oh ya, dia kata kami cemburukan dia kerana "my colour is different". aduh. dia ini bisa bikin dunia saya tunggang terbalik. tak kuasa sungguh. datang ke mari untuk belajar atau bermelankolik apa?
kadang-kadang rasa mahu pengsan mendengar betapa cetek dan dangkalnya pemikiran orang terhadap agama kita. tetapi bercakap seolah-olah merekalah yang punya minda global. oh, hehehe..istilah malaysia: glokal. saya pun bukanlah arif sangat tentang agama lain, tetapi saya berpendapat sensitiviti semua orang patut dijaga. hello? priest? kerana mereka lihat saya bersolat, maka saya seorang muslim priest? apa..ingat kita ini seperti mereka gamaknya. memisahkan agama dengan kehidupan.
lihat..bagaimana ada masanya kebodohan manusia melampaui infiniti. tanya diri kita sendiri: mahu jadi si bodoh yang infiniti jugakah?