01 Mei 2007

duh!

cantiknya Seoul National University (서울대 학교). bunga sana sini. merah. pink. putih. terasa bagai dalam taman. hilang sekejap sakit kepala dan stress.

semalam, ketika kelas bahasa, Maria isterinya Flavio mengherdik saya. dia salah faham apa yang diajar cikgu. maka, apabila dia bertanyakan saya, saya tunjukkan yang sebetulnya. hai, lagi mahu berdebat. hairan juga! wajah saya berubah menjadi ketat seketat-ketatnya dengan amarah. nyata, riak itu disedari semua orang. ya, saya tidak tahu menyembunyikan perasaan. i am VERY transparent.

saya belajar bahasa ini untuk bersaing dengan merekakah? logiknya, saya duduk di kalangan masyarakat tempatan, maka haruslah saya lebih tekun memahami. saya sedar, awal dahulu sayalah yang paling tidak pandai. mungkin
tercabar ego mereka kerana lama-kelamaan, saya agak mahir berbanding yang lain. "you made us looked stupid," gurau mereka. apalah yang hendak dibanggakan. di luar sana, saya masih terkial-kial menjawab soalan² pakcik² dan makcik². lainlah kalau saya mampu bercakap bak air sungai yang mengalir. itupun, apalah yang nak dikecohkan sangat. apalah sangat ilmu yang manusia ada dibandingkan milikNya.

saya tertanya-tanya juga. apalah yang hendak saya marahkan. mungkin saya masih terbawa-bawa dengan soalan menghina "you're wearing scarf to cover your thinning hair?" yang terpacul dari mulut dia sebelum itu. saya tahu dia kehilangan orang tuanya baru² ini. tidak bermakna dia boleh menukar kesedihannya dengan menghina agama asal keluarganya. cukuplah itu antara dia denganNya. saya tidak pernah mahu campur tangan. heck, i mind my own business!

azita, isterinya ehsan menasihati saya supaya bersabar. oh ya. saya memang sudah lama bersabar. paling mudah, jauhi orang² yang terus-terusan menghina agama kita. kita sudah tunjukkan yang terbaik, terangkan dengan hemah. tapi masih lagi dilemparkan dengan kata² menghina. mahu menutup kelemahan sendiri, mungkin? maka, just avoid them. semoga Dia akan terus melindungi kita..

don't compete with rivals. MAKE THEM IRRELEVANT. setakat ini, teknik ini sangat² berjaya.. ;)