23 Jun 2007

the absent-minded me

i have learnt an invaluable lesson last week. it has reminded me very much of my past, forgotten long time ago. yes, manusia mudah lupa. alahai, i AM that manusia. the effect was severe and worst, caused huge self-embarrassment because i almost let go what matters the most in my life. however, history is the best teacher for tomorrow. therefore, living in regret won't bring me anywhere and i must look up and stick to myself in this prolonged journey. even though it was too late to put thing back to its state, my thinking has changed the other way around. i will have my sweet revenge. and i am determine.

saya harap benar, takkan lupa lagi bila esok tiba..

22 Jun 2007

dugaan.

kata pak samad said, patah sayap terbang jua. kalau namanyapun berjuang, biar apa menghalang, tetap ditempuh jalan penuh liku. walau badan rabak sana sini ditembusi 'peluru' dugaan. malah hati berdarah² tidak kelihatan, pedih menusuk perasaan.

biar lelah dan tiada upaya, semangat waja dan jiwa kental masih bersisa.. maka perjalanan ini harus terus. dan terus. ke hadapan.


21 Jun 2007

sssempuuuutttttt..

yieha! semua tugasan untuk semester ini sudah selesai. buat beberapa ketika, riak riang ria kembali mewarnai wajah saya. saya pandang Rovshan, rakan dari uzbekistan, dengan gembira berkongsi cerita gembira perihal gred subjek kegemaran kami. jangan cemburu ya.. i got the highest grade.. "you deserved it," kata profesor kacukan korea-jerman yang bulat dan comel itu. satu kepuasan maksimum.

walaupun semester ini berakhir, ia bukan rehat yang total. sebelum pulang ke tanah air ogos nanti, masih banyak yang perlu diuruskan. persiapan untuk Q.E., persediaan tesis, workshop, conferences.. aduh, bilakah semput ini akan berakhir.. selagi sijil belum di tangan, selagi itu saya umpama pesakit asma yang perlukan alat bantuan pernafasan.

"relax," kata mereka. alahai.. kalaulah jalan saya semudah mereka, bolehlah saya bersenang-lenang. "if they were in our shoes, then only they knew," kata saya dan disambut anggukan lemah emilie. terus, yang lain terdiam.

15 Jun 2007

selamat pagi!

matahari terbit seawal jam 5 pagi. mata spesis jaga awal macam saya tidak boleh lelap bila hari sudah terang. maka pada pukul 9 pagi pun sudah terasa setengah hari berlalu. bila Krishna, si Nepal yang suka tersenyum itu mengucapkan 'good morning', saya terdiam sekejap. 'good morning'nya dibalas sambil mata terkilas pada jam tangan, ragu-ragu. eh, masih pagi ya?

tamat semester ini pada minggu hadapan, bermakna cuti makin hampir. selepas itu, insyaAllah, semester yang terakhir buat saya. saya sudah tidak sabar untuk meninggalkan tempat ini (selama-lamanya, kalau boleh) mengikut jejak rakan² lain yang sudah graduate. melihat Nagi bersusah-payah mengusahakan thesisnya untuk tamat semester ini sudah cukup menggerunkan. terasa seolah-olah melihat masa depan sendiri.. saya tidak tahu, apakah saya akan mampu untuk menjadi sekuat dan sesabar dia.

saya cuma harap, masa depan kami, adalah secerah musim panas di bumi Seoul..

06 Jun 2007

begitulah.

Saya boleh rasakan persepsi orang lain terhadap saya telah berubah. Sukan telah memperlihatkan saya mempunyai daya saing untuk berjaya.” itu kata Donna Commbe, dalam artikel "Atlet wanita lebih hebat daripada lelaki?" hari ini. i'm not into female vs. male thing. it's unnecessary. dalam agama kita, baik lelaki mahu wanita, masing² ada kedudukan istimewa tersendiri. tetapi saya mahu bicara tentang bagaimana sukan telah membantu ramai orang di sini 'melihat' saya sebagai orang lain.

hari sukan program kami minggu lepas, saya telah dipaksarela terlibat dalam lari berpasukan bagi team saya. aduh. mahu tak mahu, angguk sajalah. walaupun team kalah, saya menerima banyak pujian with an element of huge surprise in their faces. "the fastest woman in our program," kata mereka. sengih sajalah. nampak sangat mereka ingat kita ini tak pandai bersukan.

sejak itu juga, makin ramai orang bersikap 'tough' dengan saya. saya tidak nampak lembut lagi di mata mereka. sudah jadi ancaman baru. "it's the men things," pujuk Nagi, sambil mengingatkan saya.. bahawa saya ada integriti yang tinggi maka inilah harga yang perlu dibayar. tambah dia lagi, kalau saya 'murah' sebagaimana kebanyakan wanita yang lain, barulah saya akan dipuja² dan dilayan bagai puteri raja.

seronok juga dilihat sebagai 'tough woman' ya.. ada kuku tajam tersembunyi: menunggu masa untuk dikeluarkan. roooaaaarrrrrrrrrrrr!!!!!

05 Jun 2007

pantang..

pantang sungguh bila ada orang suka bertanya soalan² tidak cerdik (cakap bodoh nanti, marah pula..) semata² untuk menonjolkan diri, membuatkan urusan orang lain tergendala. masing² sudah besar panjang. tua gayut. takkanlah mahu guna cara budak² lagi untuk menarik perhatian profesor atau wakil pelajar.. ini bukan pertandingan untuk popular.. ini medan berjuang mencari ilmu, ok?

sudahlah semester ini hampir sampai penamat. semua yang ada wajib diselesaikan. belum kira lagi persediaan untuk Qualification Exam (Q.E), tesis yang terkontang-kanting, hidup yang tunggang-langgang. bukan tidak pernah ditegur dengan cara berhemah. tapi degil juga. haa, akhirnya, terkeluar kata² kurang enak dan berbisa dari mulut saya.

saya sudah tidak peduli dilabel 'kurang sopan'. you are the one who crossed the border first! hairan juga, kami dari semester pertama lagi tak menang tangan.. budak² semester pertama kali ini santai benar! belum pernah terjadi begini dalam program kami. nampaknya, belum tahu langit tinggi rendah lagi..

02 Jun 2007

jom!

transformasi minda dalam mendalami ilmu memang penting. itulah satu²nya cara untuk kita; orang Islam, untuk bangkit dari lena panjang. jangan biarkan seorang dua sahaja yang terjaga. walhal yang lain, enak mengulit mimpi.

saya suka sungguh bila mendengar cerita rakan² pelbagai bangsa dan rupa di sini. walaupun saya agak simpati kerana ramai yang mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. maklumlah, budaya kerja yang keterlaluan, tapi hasilnya entah ke mana. orang asia sendiri rasa sukar, apatah lagi dari benua lain..

paling saya tertarik, bagaimana ada antara mereka yang mempunyai latarbelakang ijazah/ijazah lanjutan yang berbeza sama sekali dengan apa kami pelajari di sini. oh, satu cabaran besar.. sedangkan kita yang datang dari dunia yang tidak jauh beza pun, masih terasa bahangnya sehingga saat ini. namun, semangat kental mengatasi susahnya mengharungi jalan penuh duri. inilah yang orang kita patut lakukan. mencabar diri sendiri.

saya suka benar baca artikel VC UUM, hari ini. sungguh, mari kita keluar beramai²! dari kepompong tempurung kaca di sudut tangga yang paling gelap, ke arah langit yang terbuka luas. yang penting: jangan hilang pegangan.

artikel penuh di sini.

01 Jun 2007

dan bersyukurlah dengan nikmat yang ada.

Empat pelajar cipta sistem keselamatan kereta guna SMS.

saya tertarik hati sungguh. kembang jantung baca. nah, inilah generasi masa depan yang kita nanti². tidaklah nanti asyik menggunakan ciptaan orang luar saja. harapnya, perkara sebegini, tidaklah disia²kan..

semalam, panas sugguh hati saya bilamana prof. tempatan yang saya kagumi selama ini terang² menghina MSC. dia tanya pendapat saya. kiranya dia mahu saya mengutuk negara sendiri. alah, macam yang lain².. suka memuji² negara ini semata² untuk mengambil hati. saya? eh, yang betul, betul jugalah bukan? takkanlah yang betul pun hendak disalah²kan. semua orang dapat melihat betapa keras kepalanya saya mempertahankan maruah negara saya. saya nampak muka prof. itu berubah. mungkin dia marah dengan esei saya sebelum ini. saya sentuh bagaimana negara kita mampu bangun tanpa IMF dulu. saya kata kita bangga dengan cara kita sendiri, beating the orthodox and stand proud of it.

orang² kita di tanah air memang tak mahu bersyukur. asyik² komplen. asyik² komplen. buat saya terfikir. apa lagi yang dimahukan. cuba berada di kasut saya ini. dalam saya memuji yang baik² di sini, saya masih teguh dengan 'hujan batu di negara sendiri'. seronok sangatlah agaknya mengata² negara sendiri. cuba duduk di planet eris. baru tahu bersyukur tidak. oh ya, saya selalu panggil profesor jerman kacak bergaya 'the alien from planet eris'..

bila kita berada di tempat orang, kita tidak lagi membawa diri sebagai orang melayu, cina atau india. atau orang pahang, selangor mahupun kedah. dacingkah atau bulankah yang kita pangkah. kita bawa nama Malaysia. nama Muslim. banyak lagi perkara yang harus dibuat daripada bertelingkah hal² remeh temeh. walaupun kita harus ketepikan kepentingan diri sendiri, apa yang wajib ialah meningkatkan ilmu supaya agama dan negara kita tidak diperlekehkan sesuka hati.

kata spidey kepada dr. octavius, "
sometimes, to do what's right we must be steady and give up the things we desire the most... even our dreams."