05 Jun 2007

pantang..

pantang sungguh bila ada orang suka bertanya soalan² tidak cerdik (cakap bodoh nanti, marah pula..) semata² untuk menonjolkan diri, membuatkan urusan orang lain tergendala. masing² sudah besar panjang. tua gayut. takkanlah mahu guna cara budak² lagi untuk menarik perhatian profesor atau wakil pelajar.. ini bukan pertandingan untuk popular.. ini medan berjuang mencari ilmu, ok?

sudahlah semester ini hampir sampai penamat. semua yang ada wajib diselesaikan. belum kira lagi persediaan untuk Qualification Exam (Q.E), tesis yang terkontang-kanting, hidup yang tunggang-langgang. bukan tidak pernah ditegur dengan cara berhemah. tapi degil juga. haa, akhirnya, terkeluar kata² kurang enak dan berbisa dari mulut saya.

saya sudah tidak peduli dilabel 'kurang sopan'. you are the one who crossed the border first! hairan juga, kami dari semester pertama lagi tak menang tangan.. budak² semester pertama kali ini santai benar! belum pernah terjadi begini dalam program kami. nampaknya, belum tahu langit tinggi rendah lagi..