transformasi minda dalam mendalami ilmu memang penting. itulah satu²nya cara untuk kita; orang Islam, untuk bangkit dari lena panjang. jangan biarkan seorang dua sahaja yang terjaga. walhal yang lain, enak mengulit mimpi.
saya suka sungguh bila mendengar cerita rakan² pelbagai bangsa dan rupa di sini. walaupun saya agak simpati kerana ramai yang mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. maklumlah, budaya kerja yang keterlaluan, tapi hasilnya entah ke mana. orang asia sendiri rasa sukar, apatah lagi dari benua lain..
paling saya tertarik, bagaimana ada antara mereka yang mempunyai latarbelakang ijazah/ijazah lanjutan yang berbeza sama sekali dengan apa kami pelajari di sini. oh, satu cabaran besar.. sedangkan kita yang datang dari dunia yang tidak jauh beza pun, masih terasa bahangnya sehingga saat ini. namun, semangat kental mengatasi susahnya mengharungi jalan penuh duri. inilah yang orang kita patut lakukan. mencabar diri sendiri.
saya suka benar baca artikel VC UUM, hari ini. sungguh, mari kita keluar beramai²! dari kepompong tempurung kaca di sudut tangga yang paling gelap, ke arah langit yang terbuka luas. yang penting: jangan hilang pegangan.
artikel penuh di sini.