Empat pelajar cipta sistem keselamatan kereta guna SMS.
saya tertarik hati sungguh. kembang jantung baca. nah, inilah generasi masa depan yang kita nanti². tidaklah nanti asyik menggunakan ciptaan orang luar saja. harapnya, perkara sebegini, tidaklah disia²kan..semalam, panas sugguh hati saya bilamana prof. tempatan yang saya kagumi selama ini terang² menghina MSC. dia tanya pendapat saya. kiranya dia mahu saya mengutuk negara sendiri. alah, macam yang lain².. suka memuji² negara ini semata² untuk mengambil hati. saya? eh, yang betul, betul jugalah bukan? takkanlah yang betul pun hendak disalah²kan. semua orang dapat melihat betapa keras kepalanya saya mempertahankan maruah negara saya. saya nampak muka prof. itu berubah. mungkin dia marah dengan esei saya sebelum ini. saya sentuh bagaimana negara kita mampu bangun tanpa IMF dulu. saya kata kita bangga dengan cara kita sendiri, beating the orthodox and stand proud of it.
orang² kita di tanah air memang tak mahu bersyukur. asyik² komplen. asyik² komplen. buat saya terfikir. apa lagi yang dimahukan. cuba berada di kasut saya ini. dalam saya memuji yang baik² di sini, saya masih teguh dengan 'hujan batu di negara sendiri'. seronok sangatlah agaknya mengata² negara sendiri. cuba duduk di planet eris. baru tahu bersyukur tidak. oh ya, saya selalu panggil profesor jerman kacak bergaya 'the alien from planet eris'..
bila kita berada di tempat orang, kita tidak lagi membawa diri sebagai orang melayu, cina atau india. atau orang pahang, selangor mahupun kedah. dacingkah atau bulankah yang kita pangkah. kita bawa nama Malaysia. nama Muslim. banyak lagi perkara yang harus dibuat daripada bertelingkah hal² remeh temeh. walaupun kita harus ketepikan kepentingan diri sendiri, apa yang wajib ialah meningkatkan ilmu supaya agama dan negara kita tidak diperlekehkan sesuka hati.
kata spidey kepada dr. octavius, "sometimes, to do what's right we must be steady and give up the things we desire the most... even our dreams."