01 Ogos 2009

baju baru yang sudah lama.

"mak ngah, mak ngah," panggil anakanda niar. "baju yang lama tu.. dah buruk dah," tambah anak abang saya itu, dengan comelnya. terdengar Mak ketawa di hujung talian, sana. saya sangat yakin Mak semakin pening dengan telatah cucu sulungnya. telatah yang sama membuat Abah kelam-kabut, tetapi tetap bahagia. bertuahnya cucu sulung!

"oh? kan mak ngah dah beli baru ni.. nanti mak ngah balik, niar dapatlah baju baru," layan saya. saya 'kan mak ngah yang penyayang. kalau tidak, dia hanya mahu bercakap tentang pak ngah saja. mana aci, kan kan kan?

malam itu, sebelum tidur. kepala ligat berfikir.. rasa-rasanya baju yang kononnya sudah buruk itu, baru saja dibeli beberapa bulan lepas. hoh, kalau beginilah telatah anakanda yang saorang ini, habislah mak ngah! wajib belikan baju dengan sekerap-kerapnya ya?

dengar tu, kanda-yang-bertahkta-di-hati.. saya ada alasan kuat untuk selalu bershopping tau?