07 Ogos 2009

sudah besar ya!

anakanda syasya, hari ini cukup setahun. kalau saya dukung si manja itu di kompleks beli-belah, pasti orang menyangka dia anak saya. si manja itu darah daging saya. sudah pastilah iras mukanya ada iras muka mak ngahnya juga!

daddynya; adik saya, selalu mengomel saya manjakan anaknya sangat. asyik belikan baju saja! bagaimana hendak mengawal diri.. pakaian anak-anak perempuan comel-comel belaka! menggamit-gamit tangan untuk dicapai! lagipun, saya belum tahu saiz sebenar si-kecil-yang-di-dalam yang dari gayanya seorang hero. again, i have a very strong reason here.. ;)

dalam keadaan makin memboyot, saya memang sudah tidak larat ke sana sini. berjangkit pula pada kanda-yang-bertakhta-di-hati. dari hujung minggu ke hujung minggu, kami hanya pasrah menunggu anakanda datang menjengah muka manja dan comelnya mengubat lara hati kami. kerana hari ini hari yang istimewa, daddy dan mummynya sudah berjanji datang ke alamanda malam ini. party bash si manja konon-konon.

cepatlah malam ya? mak ngah dan pak ngah sudah rindu tak tertahan lama tak jumpa anakanda..